NAK BERUBAH JADI SOLEHAH?
Saya kira, sangat ramai perempuan yang nak berubah. Sangat ramai perempuan yang nak jadi solehah, yang mahu menuju kea rah kebaikan dan kembali pada islam. Sangat ramai. Cuma, kadang-kadang, sebahagian dari korang seakan-akan TAK NAMPAK apakah jalan yang terbaik untuk jadi wanita solehah.
Macamana nak jadi solehah? Nak mula dari mana? Solehah tu di nilai dari sudut apa? Boleh tak ini, boleh tak itu, dan macam-macam persoalan timbul, yang mana akhirnya, semangat korang untuk berubah tu jadi down, dan akhirnya terus malas.
Maka, fokus tulisan saya pada kali ini hakikatnya tentang isu ini. Saya akan huraikan dengan mudah, agar sama-sama kembali semangat, Nampak JALAN dan langkah-langkah yang sepatutnya di lakukan, bagi perempuan-perempuan yang nak berubah. Moga bermanfaat!
PEREMPUAN YANG MENUTUP AURAT?
Secara kasarnya, saya klasifikasikan perempuan yang menutup aurat dengan sempurna ni kepada 4 golongan(mungkin ada banyak golongan, tapi saya fokuskan kepada 4 golongan ni):
1)Pakai tudung labuh, tapi takde sifat malu.
2)Pakai tudung labuh tapi ada sifat malu.
3)Pakai tudung labuh dan purdah tapi takde sifat malu.
4)pakai tudung labuh dan purdah tapi ada sifat malu.
Yang terbaik adalah yang nombor keempat, semestinya.
0 comments:
Post a Comment